Saturday 24 November 2012

Seluar Dalam Cegah Bau Kentut Laris Dijual

Terbaik la kerana seluar dalam terkini yang didakwa mampu meneutralkan bau busuk kentut telah mendapat sambutan yang sangat hangat dalam kalangan ahli perniagaan di Jepun yang rajin bekerja yang gemarkan idea melepaskan kentut tanpa masalah.

Satu syarikat tekstil tempatan telah membangunkan rangkaian seluar dalam yang dikatakan mampu mencegah bau-bauan yang tidak diingini.

“Kami telah mengambil masa beberapa tahun bagi membangunkan seluar dalam deodoran pertama yang cukup selesa dipakai dalam kehidupan seharian malah mampu menghapuskan bau hapak dengan berkesan,” ujar Nami Yoshida salah seorang jurucakap syarikat Seiren yang mengeluarkan produk Seluar Dalam mencegah kentut.

Kebanyakan orang seperti ahli perniagaan membelinya dan sesuai digunakan untuk berjumpa ramai orang dalam waktu sehari ,” tambah Encik Yoshida lagi.

“Pada permulaan produk ini, kami hanya terfikir bagi menjual seluar dalam ini kepada mereka yang memerlukan penjagaan di rumah orang tua dan juga hospital. Tetapi kami amat terkejut kerana ramai orang kebanyakan seperti ahli perniagaan akan membeli seluar dalam ini dan digunakan untuk berjumpa orang ramai setiap hari,”jelas jurucakap syarikat.

Seluar dalam cegah bau tersebut dikeluarkan dengan partikel seramik penyerap bau dala, fabrik mereka. Syarikat Seirin membangunkan teknologi terbabit selepas dihubungi oleh seorang doktor yang mahukan sesuatu untuk menutup bau najis yang dikeluarkan oleh mereka yang menghidap sindrom usus. Syarikat tersebut telah berkembang kepada 22 produk, termasuk stokin yang mencegah kaki daripada berbau busuk dan baju-t yang menghilangkan bau ketiak.

Pihak Tentera Delhi Mengesan 100 Biji UFO di Ruang Udara Mereka

Pihak tentera India dan Pasukan Polis Sempadan India-Tibet (ITBP) mendakwa telah mengesan sekurang-sekurangnya 100 biji UFO di ruang udara Jammu dan Kashmir bulan lepas.

Menurut Akhbar India Today, ITBP sudah memberikan maklumat terperinci UFO yang dilihat dalam laporan mereka kepada ibu pejabat New Delhi dan juga kepada Pejabat Perdana Menteri.

Menurut laporan objek bercahaya tidak dikenali atau UFO itu dilihat di ruang udara wilayah terbabit dan mereka menolak kemungkinan cahaya itu datang daripada pengangkutan udara, pesawat tanpa pemandu atau satelit yang sedang mengorbit bumi pada paras rendah.

“Objek bercahaya yang kita nampak itu bukan pesawat tanpa pemandu, kapal terbang atau satelit yang mengorbit bumi,” kata seorang pegawai tentera yang sedang menjalankan kajian ke atas foto kabur yang diambil pasukan ITBP.

Sepasukan tentera yang telah merekodkan penemuan UFO dan pesawat tanpa pemandu secara berasingan, sudah melakukan beberapa usaha bagi mengenal pasti objek berkenaan.

Laporan mengenai kehadiran Objek Terbang Tidak Dikenali pernah dibuat di wilayah Ladakh sebelum ini. Kehadiran objek tidak dikenali yang semakin kerap berlaku telah mendorong pihak tentera menjalankan kajian terperinci mengenainya.

Pasukan tersebut cuba untuk mengenal pasti objek terbang itu September lalu dengan menggunakan radar dari darat dan penganalisis spektrum. Akan tetapi, mereka gagal kerana kedua-dua peranti yang digunakan itu gagal mengesannya.

Berita Bumi Bakal Bergelap Selama 3 Hari Adalah Palsu

Berita mengenai bumi bakal bergelap selama 3 hari itu adalah palsu. Video yang dikeluarkan NASA telah dimanipulasi oleh sebuah blog. Agensi Angkasa Negara telah menafikan laporan sebuah blog yang mendakwa planet bumi bakal bergelap berterusan selama 3 hari.

Planet bumi diceritakan bakal bergelap bermula 23 disember. Blog itu menceritakan, kedudukan awan debu gelap ataupun Dark Dust Clouds yang berhampiran dengan Galaksi Bima Sakti boleh menghalang penduduk bumi daripada melihat sebahagian daripada Galaksi.

Berikutan kejadian alam semesta itu, blog itu berpendapat apabila bumi, matahari serta pusat galaksi berada dalam kedudukan selari, maka akan berlaku penumpuan daya tarikan graviti daripada bumi, matahari dan pusat galaksi bima sakti hingga boleh menyebabkan kemusnahan alam semesta berlaku.

Penulis blog terbabit juga mendakwa bila bumi, matahari dan pusat galaksi berada pada kedudukan selari, akan terbentuk awan-awan debu gelap berhampiran pusat galaksi maka bumi bakal bergelap.

Menurut Agensi Angkasa Negara, semua andaian tersebut adalah tidak benar kerana pusat galaksi terletak terlalu jauh daripada bumi serta matahari iaitu berjarak 165 quadrillion batu. Maka kesan tarikan gravitinya adalah sangat kecil dan tidak menimbulkan sebarang kesan.

“Awan-awan debu gelap akan menghalang penglihatan kita ke arah pusat Galaksi dan bukannya menghalang matahari daripada dilihat dari bumi” ujar wakil daripada Agensi Angkasa Negara.

Menurut Agensi Angkasa, terdapat video NASA di YouTube yang telah dimanipulasikan oleh pihak tertentu yang menyiarkan Pegawai NASA iaitu Charles F. Bolden yang memberi penerangan berkaitan persediaan peribadi serta keluarga sekiranya berlaku kecemasan seperti kejadian 911, puting beliung, gempa bumi dan sebagainya.

Rumah Kapsul Sangat Popular di China


Rumah Kapsul menjadi sangat popular dan terkenal di daerah Wuhan di China. Bayaran sewa rumah yang terlalu mahal telah mendorong ramai pekerja berkongsi tinggal di dalam bilik-bilik kecil seperti kapsul di dalam sebuah bangunan dalam wilayah Wuhan.

Setiap bilik kecil yang digelar ‘rumah kapsul’ itu, hanya memiliki keluasan 4.5 meter persegi sahaja.Idea rumah kapsul terbabit dicadangkan oleh pemilik hartanah itu yang telah membina 55 buah bilik kecil di dalam bangunan miliknya itu. Setiap bilik kecil atau bilik kapsul digunakan sebagai tempat tidur, bilik mandi, ruang tamu, dapur sekali kesemuanya dalam satu bilik kapsul kecil.

Penyewa bilik kecil atau bilik kapsul itu terdiri daripada mereka yang mempunyai latar belakang kerjaya yang berbeza. Walaupun bilik tersebut sangat kecil, majoriti penyewa menganggap menyewa di rumah kapsul itu jauh lebih berbaloi jika dibandingkan dengan gaji mereka yang rendah berbanding sewa rumah lain yang sangat mahal dalam daerah ini.

Jam Tangan Platinum Berharga Rm12.6 Juta


Jam tangan antara termahal didunia ini adalah milik seorang penyanyi lagenda, Eric Clapton. Jam tangan platinum ini bakal dijual pada harga £2.6 juta (RM12.6 juta) dalam satu lelongan yang dilakukan di Geneva di Switzerland.

Jam kronograf berjenama Patek Philippe telah diperbuat daripada logam platinum dan akan dilelong oleh firma Christie di pusat lelongan Geneva. Jam tangan platinum Patek Philippe hanya ada 2 sahaja di dunia dan seutas lain kini berada di sebuah muzium yang tidak kenalpasti tempatnya.

Barangan jam tangan platinum rekaan Patek Philippe itu adalah antara 310 jam eksklusif lain dengan harga keseluruhan yang dijangka mencecah £9.9 juta (RM48.1 juta) telah dilelong oleh firma Christie tersebut.

Berita mengenai jualan jam itu telah disiarkan selepas sebuah lukisan karya Gerhard Richter milik Clapton dilelong pada harga £21.3 juta dalam sebuah lelongan di Sotheby di London sekali gus menjadi lelongan termahal di dunia bagi hasil karya seorang pelukis yang masih hidup. Clapton yang cukup popular dengan lagu Wonderful Tonight membeli lukisan terbabit pada harga £2 juta (RM9.7 juta) pada tahun 2001.